Wednesday, February 5, 2014

LETIH ~ monolog seorang pejuang bebayang

           Akhir-akhir ni otak makin penat, ye lah banyak sgt yg aku fikirkan dr atmosfera bumi sehingga dlm pelusuk hati. Perjuangan vs nafsu la penyebab utama, aku tahu dan sedia faham bahawa yang melambatkan tarbiyyah dlm diri seseorang bila dia asyik dgn perkara picisan spt puppy love, lagu n drama. Bukan otak tidak mengingatkan, bukan hati tidak mengiakan tapi sang nafsu durja asyik mengatakan "kau tau kau x mampu, klu kau tinggal hari ni esok kau buat balik". Lantas hati yang tidak sekukuh mana mula rapuh. Semangat utk bangkit dan tidak menoleh ke belakang mula hilang.

           Suka aku nk memetik kata2 dari blog budak tomato dlm artikel atas dasar cinta, katanya ; kita asyik mengatakan bahawa perubahan tu step by step, tapi kita juga kena ingat syaitan menipu kita step by step juga. Adakah yang kita sangkakan kita sedang berubah itu benar2 perubahan atau sekadar mainan syaitan supaya kita merasakan yg aku smakin mendekati Allah. Namun pada hakikatnya kita sekadar mencipta alasan supaya kita tidak merasakan yang kita salah. Sekadar lapisan 'keredhaan Allah' yang kononnya wujud dlm waktu kita berbuat perkara itu.


http://budak-tomato.blogspot.com/2013/03/atas-dasar-cinta.html

           Manusia, kau dicipta bukan untuk disia. Tiap saat dan tika akan disoalkan semula. Adakah kau bersedia? Jika ada yang bertanya mengapa aku gemar menulis, sebab aku perlu meluahkan dan pada tika ini sahabat2 di kejauhan mengasah jiwa menjadi kepimpinan hadapan. Namun aku terus melangu dan terpaku, takut utk terjun ke lembah perubahan dan terus berlagak selesa dalam arena kemaksiatan.

           Memang, memang aku berlagak begitu agar aku berasa selamat. Namun hampir tiap saat aku kembali memikirkan dan mencaci diri sendiri. Marah dengan diri yang semakin lemah. Kau sibuk menjerit berkata kau tidak mahu menyediakan pejuang lemah dan manja.

SIAPA YANG AKAN KAU SEDIAKAN JIKA KAU PUN TIDAK SEDIA??!!

           Marah dalam lemah. Bukan aku tak tahu mainan perasaan hanya buatkan aku leka dan alpa. Kononnya mampu menjadi pencetus semangat baru. Persetan semua tu. Hoi nafsu, sudah2 mencipta alasan lemah sekarang masa hati dan iman bangkit memerintah. Tiada guna kau bercerita mengenai perjuangan sehingga siyasah jika sikap kau seperti parang yang tak pernah diasah.

            Kau kata kau bosan?? Habis, buku2 yang bertimbun laksana murabbi gemilang tu apakah?? Sekadar hiasan di atas meja agar mereka lihat kau megah?? Sudah la pejuang kau perlu bangkit, bukan buat sementara tapi untuk selamanya. Sudah tiba masanya. Jika esok kau tiada, apa yang akan kau bawa?? Sekadar buku2 dan karya lagak pejuang islamis?? Padahal hati masih terseksa meronta dibuka. Nafsu pula semakin gagah berdiri megah. Iman yang semakin melangu mencari kayu untuk bertugu.

            Teruskan, teruskan jika kau tidak cinta akan perjuangan yang sudah lama kau titipkan. Perjuangan yang sudah lama kau impikan. Bangkit wahai pemuda, sudah masanya kau mula semula, mula menapak agar kau sedia terpacak saat daulah dan agama memerlukan pejuang yang segak.

Islahul Muslim 11.09am 6/2/14

Monday, February 3, 2014

Landskap~

a.k.a Match Bola 

     Seorang budak berjersey hijau dgn dua logo sponsor roket dan mata lebam di kiri kanan bahu. Dia melihat sebuah ulang tayang errr bola sepak barang kali. Antara kumpulan Donut dan Layang2. Kenapa donut dan layang2? Mungkin sebab manis dan melayang. Ooops, jangan kata budak itu pentaksub donut. Tidak, dia tidak taksub tapi dia sedang mencari sebab untuk terus menyokong donut. Susah jika taksub nanti dipanggil Zombi kerana asyik mengikut tanpa memahami. Dia nak jadi penganalisa. Hah? Double standard? Biasa la penganalisa memang kadang2 bias. Hehe.

       Dia fokus, tidak makan popcorn mahupun nugget goreng, tidak mahu terlepas katanya. Perlawanan bermula, tapi lama kelamaan dia makin keliru ; ni perlawanan bola ke bertinju. Dia mula rasa kasihan pada Zan dr team Donut, apakan tidak yg dikata penganalisa perlawanan turut mula menyepak bola dan berkasar dengan ahli kumpulannya. Macam dia pula team Layang2. Namun, Zan tetap kemas menepis ada kalanya Zan juga tersadung namun dia bangkit kembali. Ya lah, refree yang dua orang tu belum tentu akan beri Layang2 kad kuning apatah lagi merah. Budak itu merasa pening dengan statement sang analisa, dia kata tidak mengutuk Zan dan Lim tp dia mempersoalkan mengenai sang mata lebam. Dia dapat merasakan Zan pun pening, mampukah kita terima orang mengutuk ahli kumpulan kita walaupun dia tidak mengutuk kita. Memecah belahkan tu namanya.

         Sang refree tak sudah menayangkan LCD dengan penuh megah. Menunjukkan komen2 negatif dr penyokong lain. Budak itu geleng kepala, perlukah? Kenapa perlu penghasut kecilan begini. Bukankah lebih baik fokuskan sahaja pada perlawanan. Budak itu menepuk dahi. Haila.

          Namun, dia tidak dapat nafikan Zan licik. Sentiasa tenang dan professional. Zan juga ada kalanya tackle namun masih kemas dan tidak beremosi. Dalam gurau adalah gayanya. Ini baru dinamakan pemain sebenar. Dia terhibur sungguh dengan perlawanan itu. Seronok katanya, seronok memerhati.

-tamat- 12.27pm 4/2/14

Sunday, February 2, 2014

Mengeluh??

Keluhan..

Silalah,
silakan wahai keluhan,
biar berpeluh dek kerna mengeluh, 
teruskan agar diri rasa terbeban.

Ya,
memang mengeluh la ubatnya,
bila kau sakit 'dia' lah menjadi penawarnya,

bila kau pedih 'dia' lah yang menjadi painkiller,
bila terbeban 'dia' lah menjadi penenang jiwa,
bila terlalu sibuk 'dia' lah menjadi peneman setia.

Memang,
nak jadi pemimpin mengeluh la syaratnya,
dah kata pejuang memang mengeluh la kriterianya,
berkata tentang kesengsaraan mengeluh juga penyelesaian utama,
teruskan mengeluh kerana PEJUANG DAHULU MEMANG MENGELUH!!

Apa gunanya,
hari ini berceloteh mengenai pejuang handalan,
esoknya keluhan kembali bercoleteh tatkala penat di hadapan,

Apa gunanya,
jika kau mengaku penyambung perjuangan,
dek ujian sedikit terus keluhan menjadi pilihan.

Cukuplah keluhan anak muda,
tidakkah kau segan dengan mereka yang hampir bersara,
fikirkan semula,
adakah keluhan menjadi peneman mereka,
tatkala media men'kangkung'kan mereka??

-islahul muslim- 8.27p.m, 21/1/14