Wednesday, February 5, 2014

LETIH ~ monolog seorang pejuang bebayang

           Akhir-akhir ni otak makin penat, ye lah banyak sgt yg aku fikirkan dr atmosfera bumi sehingga dlm pelusuk hati. Perjuangan vs nafsu la penyebab utama, aku tahu dan sedia faham bahawa yang melambatkan tarbiyyah dlm diri seseorang bila dia asyik dgn perkara picisan spt puppy love, lagu n drama. Bukan otak tidak mengingatkan, bukan hati tidak mengiakan tapi sang nafsu durja asyik mengatakan "kau tau kau x mampu, klu kau tinggal hari ni esok kau buat balik". Lantas hati yang tidak sekukuh mana mula rapuh. Semangat utk bangkit dan tidak menoleh ke belakang mula hilang.

           Suka aku nk memetik kata2 dari blog budak tomato dlm artikel atas dasar cinta, katanya ; kita asyik mengatakan bahawa perubahan tu step by step, tapi kita juga kena ingat syaitan menipu kita step by step juga. Adakah yang kita sangkakan kita sedang berubah itu benar2 perubahan atau sekadar mainan syaitan supaya kita merasakan yg aku smakin mendekati Allah. Namun pada hakikatnya kita sekadar mencipta alasan supaya kita tidak merasakan yang kita salah. Sekadar lapisan 'keredhaan Allah' yang kononnya wujud dlm waktu kita berbuat perkara itu.


http://budak-tomato.blogspot.com/2013/03/atas-dasar-cinta.html

           Manusia, kau dicipta bukan untuk disia. Tiap saat dan tika akan disoalkan semula. Adakah kau bersedia? Jika ada yang bertanya mengapa aku gemar menulis, sebab aku perlu meluahkan dan pada tika ini sahabat2 di kejauhan mengasah jiwa menjadi kepimpinan hadapan. Namun aku terus melangu dan terpaku, takut utk terjun ke lembah perubahan dan terus berlagak selesa dalam arena kemaksiatan.

           Memang, memang aku berlagak begitu agar aku berasa selamat. Namun hampir tiap saat aku kembali memikirkan dan mencaci diri sendiri. Marah dengan diri yang semakin lemah. Kau sibuk menjerit berkata kau tidak mahu menyediakan pejuang lemah dan manja.

SIAPA YANG AKAN KAU SEDIAKAN JIKA KAU PUN TIDAK SEDIA??!!

           Marah dalam lemah. Bukan aku tak tahu mainan perasaan hanya buatkan aku leka dan alpa. Kononnya mampu menjadi pencetus semangat baru. Persetan semua tu. Hoi nafsu, sudah2 mencipta alasan lemah sekarang masa hati dan iman bangkit memerintah. Tiada guna kau bercerita mengenai perjuangan sehingga siyasah jika sikap kau seperti parang yang tak pernah diasah.

            Kau kata kau bosan?? Habis, buku2 yang bertimbun laksana murabbi gemilang tu apakah?? Sekadar hiasan di atas meja agar mereka lihat kau megah?? Sudah la pejuang kau perlu bangkit, bukan buat sementara tapi untuk selamanya. Sudah tiba masanya. Jika esok kau tiada, apa yang akan kau bawa?? Sekadar buku2 dan karya lagak pejuang islamis?? Padahal hati masih terseksa meronta dibuka. Nafsu pula semakin gagah berdiri megah. Iman yang semakin melangu mencari kayu untuk bertugu.

            Teruskan, teruskan jika kau tidak cinta akan perjuangan yang sudah lama kau titipkan. Perjuangan yang sudah lama kau impikan. Bangkit wahai pemuda, sudah masanya kau mula semula, mula menapak agar kau sedia terpacak saat daulah dan agama memerlukan pejuang yang segak.

Islahul Muslim 11.09am 6/2/14

No comments:

Post a Comment